・・・
Terima kasih Dato’ Sri Najib Razak @najib_razak di atas masa yang diluangkan hari ini. Saya berkongsikan kejayaan di Olimpik Tokyo 2020 dan menunjukkan pingat Perak yang saya menangi baru-baru ini. DS Najib mengucapkan tahniah dan beliau berbangga dengan pencapaian tersebut. Beliau sendiri menyaksikan perlumbaan saya live di kaca television dan bagai nak luruh jantung menonton perlumbaan Keirin seloroh beliau.
.
Kami juga sempat mengimbau beberapa kenangan lama antaranya DS Najib pernah turun ke Melbourne untuk berjumpa dan memberikan anugerah kepada saya selepas peristiwa kecederaan tertusuk kayu pada tahun 2011 di Manchester dahulu. Perdana Menteri Australia pada waktu itu, Julia Gillard, memberitahu yang AzizulAwang adalah simbol hubungan baik antara Malaysia dan Australia. Saya juga sempat berkongsikan tip-tip latihan memandangkan DS Najib sekarang gemar ke gimnasium untuk kekal aktif.
.
Bagi saya adalah amat penting untuk kita menjaga hubungan silaturahim sesama insan terutama kepada meraka yang pernah membantu dan berjasa kepada kita. Moga kita bertemu lagi Insyaallah. Take care and stay healthy sokmo deh 😉.
.
📸 @qobin_mokhtar
#keluargamalaysia
#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#teamazizul #azizulawang
#teamcimb #cimb #forward
#airasia #daretodream #allstars
#daikin #daikinmy #daikinmalaysia
#nike #nikemy
#oakley #oakleymy
#ogk #ogkkabuto
#wattbike